CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Thursday, July 27, 2006

::Percintaan Datuk K dan Siti Nurhaliza::

Mood: -Listening to: warisan wanita terakhir - teacher's pet

Kelmarin telah diadakan sidang akhbar secara langung mengenai kisah percintaan Datuk K dengan penyanyi nombor 1 malaysia…siti nurhaliza. Dalam sidang akhbar tersebut telah terjawab segala persoalan dan terungkap semua rahsia yang selama ini dipendamkan oleh siti dan Datuk K. Kini tiada lagi rahsia antara siti dan Datuk’ K, selepas Datuk K mengumumkan kepada media bahawa beliau akan mengahwini siti pada 21 ogos 2006.

Terlalu banyak komen-komen yang dibuat mengenai kisah siti ini. Ada yang mencemuh dan ada juga yang menyokong dan ada juga yang menyerahkan semua keputusan ditangan siti. Tapi yang pastinya saya sebagai salah seorang peminat setia siti nurhaliza tumpang gembira kerana akhirnya siti bertemu juga dengan jodohnya.

Mungkin ini merupakan jodoh siti yang telah ditentukan oleh Allah. Jadi kita tidak boleh menghalang jodoh yang telah ditentukan ini. Mungkin siti lebih tahu dan lebih arif mengenai perkara ini. Sudah pastinya siti telah memikirkan perkara ini dengan semasak-masaknya sebelum keputusan ini diambil. Sebagai peminat, kita hendaklah menyokong apa juga keputusan yang diambil oleh siti. Datuk K…emmm…apa keistimewaan Datuk K sehingga berjaya menawan hati siti??? Siti pula..apakah kelebihan yang ada pada Datuk K sehingga telah membuka pintu hatinya untuk menerima Datuk K sebagai teman hidupnya. Emmm…dua persoalan ini hanya siti dan Datuk K sahaja yang mengetahuinya.

Tapi pada pendapat saya, mungkin faktor usia memainkan peranan penting dalam perkara ini. Emmm…jarak usia yang jauh…27 dan 47…20 tahun..jauh tue…Memandangkan Datuk K telah berusia, mungkin dia mempunyai kelebihan dalam melayan kerenah siti yang masih muda, pandai mengambil hati siti, romantik kot…dan sifat penyayangnya mungkin telah berjaya menawan hati siti. Al-maklumlah, orang muda zaman sekarang ini masih menjalani sesi “pembelajaran” melalui pengalaman berhubung dengan perkara-perkara macam nie. Tambahan pula, orang muda biasanya berdarah panas..cepat marah..tak sabar dan mempunyai ego yang tinggi. Mungkin sebab faktor-faktor nie siti lebih suka memilih pasangan yang lebih berusia dari dirinya. ( andaian sahaja…:-p )

Walau apa pun kisah disebalik percintaan siti…yang pastinya ianya bukan lagi kisah fantasi…tetapi ianya realiti bahawa penyanyi kesayangan ramai..siti nurhaliza akan menjadi milik Datuk K pada 21 ogos 2006. setiap orang yang baik pasti akan bertemu dengan jodoh yang baik juga. Diharap siti sememangnya telah berjumpa dengan jodoh dia.

Selamat Pengantin Baru kepada Datuk K dan Siti Nurhaliza..semoga perkahwinan ini akan berkekalan hingga ke akhir hayat. Amin.

0 comment: