CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Friday, July 28, 2006

::Air mata taubat::

sume...........
Tahukah kenkawan...semenjak Nabi Adam terkeluar dari syurga akibat tipu daya iblis, beliau menangis selama 300 tahun. Nabi Adam tidak mengangkat kepalanya kelangit kerana terlampau malu kepada Allah swt.Beliau sujud di atas gunung selama 100 tahun. Kemudian menangis lagi sehingga air matanya mengalirdi jurang Serantip. Dari air mata Nabi Adam itu Allah tumbuhkan pohon kayu manis dan pokok cengkih. Beberapa ekor burung telah meminum air mata beliau. Burung itu berkata, "Sedap sungguh air ini."Nabi Adam terdengar kata-kata burung tersebut. Beliau menyangka burung itu sengaja mengejeknya kerana perbuatan derhakanya kepada Allah. Ini membuatkan Nabi Adam semakin hebat menangis. Akhirnya Allah telah menyampaikan wahyu yang bermaksud, "Hai Adam, sesungguhnya aku belum pernah menciptakan air minum yang lebih lazat dan hebat dari air mata taubatmu itu."

::Apa Yang Akan Ditanya::
* Dalam sehari ada 24 jam.
* Dalam sejam manusia bernafas sebanyak 4320 kali.
* Dalam setiap kali bernafas Allah akan tanya dua perkara semasa nafas keluar dan masuk.Pertanyaan itu ialah, "Apa perbuatan yang kita lakukan semasa nafas itu keluar dan masuk?

::Tiga Cahaya Di Hari Kiamat.Di hari kiamat ada tiga cahaya yang berlainan::
* Cahaya yang pertama seperti bintang-bintang.
* Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan.
* Cahaya yang ketiga seperti cahaya matahari.Apabila ditanya cahaya apakah ini? Lalu dijawab :
* "Cahaya yang pertama ialah cahaya wajah-wajah manusia yang ketika di dunia, mereka akan meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan mengambil air sembahyang apabila terdengar azan.
* Yang kedua ialah cahaya wajah mereka yang mengambil air sembahyang sebelum azan.
* Cahaya yang ketiga ialah cahaya mereka seperti matahari. Mereka di dunia sudah bersiap sedia di dalam masjid sebelum azan lagi."

::Kala Jengking Neraka::
Di hari kiamat akan keluar seekor binatang dari Neraka Jahanam yang bernama "Huraisy" berasal dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi.Malaikat Jibril bertanya : "Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa yang kau cari?" Huraisy pun enjawab, "saya mahu mencari lima orang.
* Pertama, orang yang meninggalkan sembahyang.
* Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat.
* Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya.
* Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid.
* Kelima, orang yang suka minum arak."

::SAYANG::

Di suatu malam yang dingin, di dalam sebuah bilik yang sederhana besar, di atas katil...... sepasang suami isteri yang telah lanjut usia baru masuk tidur. Suaminya telah mula mengantuk tapi isterinya terbangkit perasaan ghairah malam itu....Si isteri bersuara, "Dulu-dulu tu.... abang selalupegang tangan saya bila kita nak tidur." Suaminya dengan separuh sedar, menggenggam tangan isterinya, pas tu mula mengantuk semula.Beberapa ketika pas tu, si isteri bersuara lagi,"Kemudian tu....abang selalu cium saya." Si suami dengan rasa terganggu, mengangkat kepalanya dan menyentuh bibirnya ke pipi si isteri. Pas tu sambung tidur balik.Selepas beberapa saat, si isteri bersuara lagi,"Kemudian tu.... abang selalu gigit-gigit leher saya......." Dengan perasaan marah dan geram, si suami melontar selimutnya dan bangun dari katil tu.Si isteri bertanya, "Abang nak pergi mana tu?" Dengan marah suaminya menjawab, "Nak pergi ambil gigi ..."

dipetik dr artikal cenderawasih06~portal ukhuwah

SeMoGa ukhwah YaNG TeRJaLiN aKaN MeNJaDi iKaTaN YaNG BeRKeKaLaN DaN MeWaNGi SePaNJaNG MaSa SeHaRuM HeMBuSaN KaSTuRi MeMeNuHi RuaNG KeHiDuPaN KiTa, iNSYaaLLaH.....

::Pretty Ugly - Diari Seorang Lelaki ::

Saya minat ngan lagu terbaru nie dr Pretty Ugly - Diari Seorang Lelaki....ceewahh....cam lah sy nie lelaki...hehehehe......sekadar suka ngan liriknyar sajer...apa salahnya kan......jom layan.......

Dari semalam ku tunggu
Fikir kau pulang ke pangkuanku
Ku dengarkan lagu cinta
Pilihan terbaik kita
Ku mainkan cd berulang
Lupakan segala ucapan

Perpisahan yang kau pinta
C/O :Benar dikau ku cinta setiap detik ku puja
Kau sering perhatiku sambil belai rambutmu
Tak ingin aku lupa kenangan yang tercipta
Belikan aku diari ku tulis setiap hari
Terjaga dari tidurku terima panggilan dari jauh
Katakan saja kau rindu setahun ku hilang arah
Ku tempahkan tiket sehala malam ini kitakan bertemu
Tunggu di bawah lampu
Bridge :Bercinta, berkasih bagai Adam dan Hawa
Bergaduh, selisih buat kita sempurna
Janganlah dipendam luahkan perasaan
Tiada benci, iri hati itulah destinasi

Thursday, July 27, 2006

::Latest Album : TRANSKRIPSI::CT NURHALIZA::

:>Pesanan CT buat peminat setianya........
Assalamualaikum dan salam kebahagiaan buat semua...
TRANSKRIPSI adalah himpunan perasaan atau rasa yang menyatu dalam hidup kita selama ini. Ia ditutur lalu ditulis dan dilagukan mengikuti emosi dan ekspresi. Ia dicantumkan dari keindahan lagu dan penceritaan lirik yang nada-nadanya tercipta daripada luahan serta terjemahan hati.
Segala ekspresi yang terlahir ini adalah satu perkongsian rasa kita semua. Sipu yang manis, rajuk yang mengguris atau amarah yang menghiris. Atau rasa bahagia yang bertandang, duka yang panjang, kecewa yang mengundang jua rindu waktu bayang menghilang. Ia juga menjadi sakit yang tak nampak deritanya atau bangga yang tak diungkap sedalamnya. Perasaan menjadi pancaindera, peka pada segala, mampu merasa pada sesuatu yang tak terzahir di mata.
Apa yang perlu adalah kita mewarnakan perjalanan hari. Bila ia mahu berhenti, berhentilah dengan keindahan abadi. Kita ini insan yang impiannya melebihi ketinggian langit, yang rasa kemahuannya melebihi keupayaan yang dibangkit, yang makna kehendaknya tidak seperti upaya yang terbit. Keterbatasan inilah yang akhirnya membuat kita semua kembali ke pangkal dan berpamit.
Di atas transkrip ini, saya mengakui HIDUP PENUH BICARA dan BILA HARUS MEMILIH, jalannya penuh dilema. Di mana haluan dan di mana panduan atau ke arah mana hala? RUPANYA KITA SERUPA, kita sesama insan sentiasa CUBA UNTUK MENGERTI agar jalan bisa seiring dan tangan boleh seganding. Atas kebersamaan ini IMPIANKAN NYATA kerana seupayanya kita cuba menjadi sesuatu di antara satu sama lain.
HATI BERBISIK penuh rasa kebahagiaan di atas kehadiran kalian yang begitu besar maknanya. SITI SITU SANA SINI yang kalian jejaki memanjangkan usia keberadaan saya dalam industri ini. Segala yang ditempuh penuh warna dan saya lalui TANPA DENDAM DI HATI. Dalam sejuta ketabahan itu, adakala tertanya sendiri, BISAKAH semuanya diharungi?
PASTIKAN suatu waktu kita akan saling berdepan dengan kebahagiaan dan permasalahan yang sama namun BIARLAH RAHSIA menjadi perkara paling tersembunyi dan INTRIG CINTA akan menemui DESTINASI CINTAnya sendiri.
Dan akhirnya TRANSKRIPSI merungkai segalanya dan menjadi buah tangan teristimewa daripada saya.
Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada seluruh tenaga kerja di sebalik penghasilan album ini. Penerbit, pencipta lagu, penggubah lagu, penulis lirik, jururakam, jurutera bunyi, penyanyi latar dan pemuzik, nama serta kerja kalian semuanya sudah tercatat di sini. Saya amat berterima kasih dan berbesar hati.
Pengorbanan mak, abah, seluruh keluarga dan kakitangan SNP serta pengedar album (belum tau…) setiap apa yang telah dicurahkan akan saya ingati, moga usaha kita diberkati.
Para peminat di mana jua yang sudah lama menanti dan memberi inspirasi, abadikan TRANSKRIPSI di hati.
Pihak media cetak, media elektronik dan juruhebah di dalam mahupun di luar negara, terima kasih di atas sokongan yang diberikan selama ini. Album ini tanda perjuangan saya belum berhenti.
Semoga berpuas hati.

Salam sayang buat semua.

Siti NurhalizaSiti Nurhaliza Productions (M) Sdn. Bhd.
Address:28-2-1 & 28-2-2, Jalan 5/101CCheras Business Centre, Cheras56100 Kuala Lumpur, Malaysia
Phone: 603 - 9133 5455Fax: 603 - 9133 5433

I LOVE U SITI NURHALIZA!!!

::Percintaan Datuk K dan Siti Nurhaliza::

Mood: -Listening to: warisan wanita terakhir - teacher's pet

Kelmarin telah diadakan sidang akhbar secara langung mengenai kisah percintaan Datuk K dengan penyanyi nombor 1 malaysia…siti nurhaliza. Dalam sidang akhbar tersebut telah terjawab segala persoalan dan terungkap semua rahsia yang selama ini dipendamkan oleh siti dan Datuk K. Kini tiada lagi rahsia antara siti dan Datuk’ K, selepas Datuk K mengumumkan kepada media bahawa beliau akan mengahwini siti pada 21 ogos 2006.

Terlalu banyak komen-komen yang dibuat mengenai kisah siti ini. Ada yang mencemuh dan ada juga yang menyokong dan ada juga yang menyerahkan semua keputusan ditangan siti. Tapi yang pastinya saya sebagai salah seorang peminat setia siti nurhaliza tumpang gembira kerana akhirnya siti bertemu juga dengan jodohnya.

Mungkin ini merupakan jodoh siti yang telah ditentukan oleh Allah. Jadi kita tidak boleh menghalang jodoh yang telah ditentukan ini. Mungkin siti lebih tahu dan lebih arif mengenai perkara ini. Sudah pastinya siti telah memikirkan perkara ini dengan semasak-masaknya sebelum keputusan ini diambil. Sebagai peminat, kita hendaklah menyokong apa juga keputusan yang diambil oleh siti. Datuk K…emmm…apa keistimewaan Datuk K sehingga berjaya menawan hati siti??? Siti pula..apakah kelebihan yang ada pada Datuk K sehingga telah membuka pintu hatinya untuk menerima Datuk K sebagai teman hidupnya. Emmm…dua persoalan ini hanya siti dan Datuk K sahaja yang mengetahuinya.

Tapi pada pendapat saya, mungkin faktor usia memainkan peranan penting dalam perkara ini. Emmm…jarak usia yang jauh…27 dan 47…20 tahun..jauh tue…Memandangkan Datuk K telah berusia, mungkin dia mempunyai kelebihan dalam melayan kerenah siti yang masih muda, pandai mengambil hati siti, romantik kot…dan sifat penyayangnya mungkin telah berjaya menawan hati siti. Al-maklumlah, orang muda zaman sekarang ini masih menjalani sesi “pembelajaran” melalui pengalaman berhubung dengan perkara-perkara macam nie. Tambahan pula, orang muda biasanya berdarah panas..cepat marah..tak sabar dan mempunyai ego yang tinggi. Mungkin sebab faktor-faktor nie siti lebih suka memilih pasangan yang lebih berusia dari dirinya. ( andaian sahaja…:-p )

Walau apa pun kisah disebalik percintaan siti…yang pastinya ianya bukan lagi kisah fantasi…tetapi ianya realiti bahawa penyanyi kesayangan ramai..siti nurhaliza akan menjadi milik Datuk K pada 21 ogos 2006. setiap orang yang baik pasti akan bertemu dengan jodoh yang baik juga. Diharap siti sememangnya telah berjumpa dengan jodoh dia.

Selamat Pengantin Baru kepada Datuk K dan Siti Nurhaliza..semoga perkahwinan ini akan berkekalan hingga ke akhir hayat. Amin.

Wednesday, July 26, 2006

::ISRAELIS vs ARABS::



Ini adalah sebahagian gambar penderaan org Israel terhadap Org Islam.So....apa perasaan sume.............(sedih...marah...or hiba....)..........renung2kan......




ISRAELIS vs ARABS
WHO ARE THE REAL TERRORISTS?

Sejak bertahun dulu Amerika membantu Israel dlm bentuk kewangan utk menekan dan mengancam org2 islam.Media Barat berjaya memalsukan & memaparkan tentang keganasan org2 Arab/Islam termasuk penganas2 berani mati & pegeboman yg kononnya dilakukan oleh org2 Islam.Adakah ini benar?

Secara rasionalnya,jika kita ada pilihan kenapa kita perlu membunuh,menyerang org lain yg tidak bersalah sedangkan kita boleh hidup dlm aman damai bersama.Kenapa perlu membunuh diri?Media2 US,Israel & ahli politik mereka berjaya membuat kita percaya bahawa org2 Islam penganas.Media barat berterusan menghasut org ramai & mengatakan org Arab terlalu fanatik & bencikan kedamaian.Ini adalah sesuatu yg tak masuk akal & alasan yg tak munasabah jika kita berfikir secara nasional.

Punca dan sebab org Arab menentang Israel adalah mudah...Org Israel telah mengancam dan menganiaya org Arab sejak dari Perang Dunia Kedua lagi.Keganasan yg dilakukan oleh Israel terhadap Arab secara sistematik ini terdapat banyak bukti.








Sunday, July 09, 2006

Deman World Cup Melabuhkan Tirai


Piala Dunia 2006 telah pun melabuhkan tirainya di Berlin.Pasukan Itali telah menjulang Juara 2006 setelah sepakan panalti 5-3 sekaligus menembus juara kali ke-4 setelah tewas 2x kepada Perancis iaitu pada peringkat suku akhir Piala Dunia 1998 dan kejohanan Euro 2000.Tapi yang peliknya mengapa pada masa tambahan kali kedua Zidan (Perancis) telah dibuang padang kerana tidak semena2 telah menanduk salah seorang pasukan Itali.

Tempat ke-3 telah dimenangi oleh pasukan tuan rumah Jerman yang amat berdisplin dan mantap permainan mereka serta hensem2 belaka..hehehehe.....walaupun Ballack tidak bermain pada masa itu tp kemenangan tetap berpihak kepada pasukan Jerman 3-1 setelah mengalahkan pasukan Portugal.Tapi....yang pasti FIFA WORLD CUP 2006 tidak semeriah seperti 4 tahun yang lalu kerana Brazil telah kecundang di tangan Perancis (Kuda Tua) pada suku akhir perlawanan.

Thursday, July 06, 2006

World Cup 2006

My favorite player...Ballack n Ronandinho
Assalamualaikum...haiii semua, yaaa i'm back...agak lama juga sy x update blog nie disebabkan masa x mengizinkan....ok lahhhh...sempena World Cup 2006 German......>>rasa seronok pesta bola dunia nie...sapa yg kaki bola tu pasti tak tinggal...sy nie tak laa dianggap kaki bola sangat...tapi bila ada pasukan favorite ada game...mmmm boleh tahan laaa nak jaga...sy cukup minat ngan pasukan Brazil n tuan rumah iaitu Jerman.Walaupun mereka kalah pada suku akhir n separuh akhir tp...mereka tetap idola sy khasnyer...Ronandinho n Michael Ballack...malam ini sy pasti berjaga tuk tengok Jerman lwn portugal tuk menempatkan tempat ke-3...harap2 Jerman leh menang....nie gambar istimewa Ballack n Ronandinho pujaan atiku.....