CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Thursday, March 16, 2006

::Jangan lah kita berbualketika azan::

Assalamualaikum wbt.....

Apa yang menarik perhatian saya ialah serangkap ungkapan di bawah yang telah pun saya 'bold' kan.Mari kita sesama renungkan nya... Ada betul jugak apa yang nyatakan itu.

Pesanan Semasa Mendengar Azan...
Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa danwaktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati.Mengapa kebanyakan orang yang nazak, hampir ajaltidak dapat berkata apa-apa.. lidahnya kelu, kerasdan hanya mimik mukanya yang menahankesakitan 'sakaratul maut'.
Diriwayatkan sebuah hadis yangbermaksud: "Hendaklah kamu mendiamkan diriketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnyaketika maut menghampirinya." Ini jelasmenunjukkan, kita disarankan agar mendiamkandiri, jangan berkata apa2 pun semasa azan berkumandang. Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya.Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri.
Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkandiri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak.Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah.." yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dengan izinNya menjanjikan syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut.Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucapkalimah "Lailahaillallah.." semasa sakaratul maut menghampiri kami. Amin.. amin.. amin Yarobbala'lamin.."


WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W. kepadaSAIDINA ALI lah.A.;Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda2nya:
1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yang haram.
3) Merendahkan diri.
Wahai Ali, bagi orang yang JUJUR itu ada 3tanda2nya:

1) Merahsiakan ibadahnya.
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yang menimpanya.
Wahai Ali, bagi orang yang TAKWA itu ada 3tanda2nya:

1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalamkeharaman.
Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda2nya:

1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.
Wang RM50 atau S$50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid, tetapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket.45 minit terasa terlalu lama untuk berzikir tapi betapa pendeknya waktu itu untuk pertandingan bola sepak. Semua insan ingin memasuki syurga tetapi tidak ramai yang berfikir dan berbicara tentang bagaimana untuk memasukinya.

0 comment: