CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Thursday, March 22, 2007

::1,000 pindah tanah runtuh di Putrajaya::



ANCAM KESELAMATAN: Keadaan tanah runtuh yang menimbus berpuluh-puluh kenderaan di Presint 9, putrajaya, pagi semalam ( 22/03/2007 ).


PUTRAJAYA: Dua puluh lima kenderaan tertimbus, manakala kira-kira 1,000 penduduk daripada 335 keluarga terpaksa dipindahkan dalam kejadian tanah runtuh berhampiran Pangsapuri Fasa 11, Presint 9 di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan.Dalam kejadian jam 4.30 pagi semalam, tebing bukit Taman Rimba Desa setinggi 50 meter di belakang pangsapuri itu dikatakan menggelungsur hingga membentuk timbunan tanah, dianggar seluas 360 meter persegi dengan ketinggian tiga meter di kawasan letak kereta di situ.

Apa yang terbayang di mindaku adalah.....bagaimana kalo ia berlaku di tempat tinggalku iaitu di Apart Vista Angkasa....x dapat ku bayangkan betapa dasyatnya jika ia terjadi kerana dikelilingi bukit yang tinggi dengan pemandangan yang hijau....segar mata memandang...harap2 igauanku hanya khayalan saja....

1 comment:

Anonymous said...

Good words.