CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Thursday, November 30, 2006

::Kemuncak Mentor musim ke2::


Kat, Fiq dan Nieyl bersama mentor masing2 iaitu Siti Nurhaliza,Amy dan Nurul....PERTANDINGAN peringkat akhir yang menyaksikan persembahan mereka akan disiarkan secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam, Wisma MBSA pada ari ahad 3/12/2006 jam 9.00 malam hanya di tv3.



Harapan sy moga kali ini Kat akan menjadi juara...kalo tidak sia2 ajer sy mengundi beliau berkali2...menurut beliau, lain macam sungguh perasaannya sekarang. Takut setiap masa, duduk di mana-mana pun otak ligat memikirkan mengenai peringkat akhir. Bagaimanakah rupa pentasnya? Berapa ramaikah penontonnya? Sedapkah suaranya? Dan bermacam-macam lagi.Sejak Rabu lalu, mentor Kat, Datuk Siti Nurhaliza giat melatih anak didiknya. Walaupun ada yang kata Kat bakal dinobatkan sebagai juara melihat keputusan peringkat separuh akhir minggu lalu, tapi Datuk Siti Nurhaliza tetap menjalankan tanggungjawab terakhirnya.Ujar Kat, dia akan mendendangkan sebanyak empat buah lagu. Antara yang bakal didendangkan ialah Big Spender, Langit Ketujuh, Nuri dan Kita Insan Biasa.“Lagu Big Spender, Kat biasa dengar tapi tidak biasa menyanyikannya. Kat akan cuba buat yang terbaik. Takut, tapi seronok sebab peminat ada banyak pilihan untuk memilih siapa yang mereka suka kerana kami bertiga mempunyai karakter yang berbeza,” katanya.Siti Nurhaliza akui dia agak sibuk dan jarang dapat meluangkan masa dengan anak didiknya tetapi gembira kerana Kat pandai membawa diri. Kata Siti, dia tidak bimbang mengenai persembahan kerana anak didiknya itu mempunyai keyakinan diri yang tinggi kala beraksi di pentas, tapi dari segi vokal masih banyak yang perlu diperbaiki Kat.“Terpulanglah jika ada yang berkata sekiranya Kat menang itu adalah atas usahanya. Bagi Siti itu sesuatu yang baik kerana sebaik melangkah daripada Mentor, Kat akan berdiri sendiri. “Siti tidak akan lagi berada di sisinya tetapi jika dia mahukan nasihat, Siti tidak kisah berkongsi dengannya. Tetapi itu tidak bermakna Siti lepas tangan terus kerana Siti meminta bantuan Juliza Adlizan untuk membentuk vokal Kat,” kata Siti.

2 comment:

Zahra Ashiqin said...

sanggup undi tue....patutlah die dpt masuk peringat akhir...hish,tak sedap lah suara kat....

snowwhite_girlz said...

hiss....jeleosla tue....bestla suara dia...tp...sedih juga sbb kat kalah di tangan fiq malam tadi....uwaa....